BERTUNANG TANPA SEDAR??

Assalammualaikum, para reader sissy sekalian.

Alhamdulillah sis diberikan lagi kesempatan masa untuk mengupdate entry untuk kali ni. Macam mana urusan kerja korang? berjalan lancar? Alhamdulillah kalau semuanya berjalan mengikut kemahuan korang. kalau ada yang masih serabut dengan kerja-kerja yang belum settel, sabar.. Allah sedang menguji korang, kan orang yang bersabar disayang Allah. Tak percaya? baca hadis dibawah.



Firman-Nya.

وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
Engkau juga akan tahu bahwa orang yang sabar adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebagaimana firman-Nya.

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. [Ali Imran : 146

Ha kan dah cakap, orang yang sabar ni banyak manfaatnya. so teruskan bersabar. Percaya yang baik akan menyusul selepas apa yang kita lalui. berbalik kepada tajuk Entry kita kali ini berkaitan dengan ''BERTUNANG TANPA SEDAR''.
Baru-baru ini sis ada melawat satu blog yang membincangkan isu ini, so sis pun ada juga terfikir untuk mengupas mengenai isu ini. Bertunang adalah langkah pertama untuk ke alam Perkahwinan.
Pertunangan yang sering kita dengar adalah apabila pihak lelaki menghantar rombongan kepada pihak perempuan, dan simbol kepada Pertunangan itu selalunya sebuah cincin ataupun apa saja yang boleh dijadikan simbol. Apabila Seorang itu bergelar tunangan orang maka haram bagi pihak lelaki lain jika ingin menghantar pinangan kepada pihak perempuan tersebut. Perkara ini telah disebut dalam hadis dibawah:
Dalam sebuah hadis daripada Uqbah bin ’Amir berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Orang mukmin satu dan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan”

Dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”seseorang lelaki tidak boleh meminang seorang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya (saudara seIslam) sehinggalah dia meninggalkan (membatalkan pinangannya) atau dia mengizinkan peminangaan itu”.

Sekiranya pinangan lelaki pertama masih belum diberi jawapan (sama ada diterima atau ditolak), maka harus lelaki kedua masuk meminang. 

Bagaimana pula dengan isu bertunang tanpa sedar? pernah dengar? ya selain pertunangan yang kita sering dengar itu, ada lagi satu jenis pertunangan yang kita kurang tahu, iaitu Pertunangan dari segi syarak. Dalam islam, apabila seorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk berkahwin kepada seorang perempuan, dan perempuan itu menerima, maka Perempuan itu telah pun sah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dari segi syarak. senangnya? macam mana pulak yang rombongan pinangan yang orang selalu buat to? 
Persepsi orang Melayu berpandangan, bertunang hanya dikira sah sekiranya berlaku dalam sebuah majlis, membawa hantaran sirih junjung dan sebentuk cincin.
Namun, Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, keadaan sebegitu hanyalah satu adat dan bukannya hukum wajib mengikut Islam.

“LEPAS belajar nanti, awak kahwin dengan saya ya?
Okey, saya nak kahwin dengan awak."

“Jika wujud ungkapan sebegitu, daripada segi Islam sudah dianggap bertunang," katanya ketika berucap pada Program Bicara Sakinah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini.
Menurut beliau, mana-mana perempuan yang sudah berjanji untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki, adalah perlu kepadanya untuk memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia sudah ada pilihan hati dan sudah pun memeterai perjanjian ‘tidak rasmi’ kepada pasangannya.
Jelas Noor Aziah, Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah (tunang) sebagai salah satu daripada syariat yang memberi peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan pasangan daripada segi zahir dan batin sebelum bernikah.

Haa.. macam tu lah ceritanya, Petunangan dalam islam ini mudah ja, adat masyarakat kita zaman sekarang je yang melebih-lebih. Kalau dilihat zaman sekarang, bila bertunang to mak aihhh dan macam nak kawin, dengan pelamin dengan baju tunang yang mewah, tak kisah kalau kita nak meraikan majlis pertunangan kita itu tapi jangan lah sampai melebih-lebih dan membebankan mana-mana pihak dan yang paling kesian, bila bertunang last-last tidak menjadi, nauzubillah janganlah sampai macam to kan. Kalau ditanya-tanya orang-orang tua zaman dulu bertunang mereka simple saja, baju pulak hanya baju kurung yang memang dah dipakai berkali-kali bukan zaman sekarang ditempah khas. Kalau zaman dulu sarung cincin di dalam bilik saja, sekarang sarung cincin pun kena buat pelamin macam nak kawin. Macam mana lah masyarakat yang akan datang pulak ye? mungkin kenduri 3 hari 3 malam apa..hahahaha..

Diharapkan entry sissy kali ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada korang diluar sana, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita untuk meneruskan kehidupan harian kita. Jika ada yang terasa, sissy mintak maaf terlebih dahulu, jangan lupa komen jika ada pertanyaan. sissy hanya insan yang lemah, tegur jika ada silap.

sampai disini saja, jumpa lagi next entry.

salam sayang,
SissyDeanna


Comments

Popular posts from this blog

Tips Study SissyDeanna

''SABAR''

WHO SISSY DEANNA?? LET FIND OUT